Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DISYAKI ROGOL PELAJAR : TENAGA PENGAJAR INSTITUT KEMAHIRAN DI KEMAMAN DIREMAN

DALAM NEGARA

DISYAKI ROGOL PELAJAR : TENAGA PENGAJAR INSTITUT KEMAHIRAN DI KEMAMAN DIREMAN

Perintah reman sehingga Selasa (18 Mac) ke atas lelaki berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu hari ini.

Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas. –fotoBERNAMA

CHUKAI: Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Perintah reman sehingga Selasa (18 Mac) ke atas lelaki berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata suspek telah ditahan pada 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata mangsa yang kini berusia 18 tahun, telah tampil membuat laporan di balai polis pada 3.38 petang semalam.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta dan beberapa barangan lain untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Razi berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading