Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Dong Zong temui KDN esok

DALAM NEGARA

Dong Zong temui KDN esok

Low Chee Chong

PUTRAJAYA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Johor yang dibatalkan pendaftaran sejak awal bulan lalu akan menemui Kementerian Dalam Negeri, esok.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kes pembatalan Dong Zong bukan masalah serius sebaliknya berlaku pelanggaran peraturan pendaftar pertubuhan.

“Mereka akan jumpa saya esok dan nanti saya akan dengar pasal ini, bukan masalah apa. Ini masalah pengurusan salah sebuah persatuan-persatuan yang bergabung di bawah Dong Zong kerana mereka tak mematuhi peraturan-peraturan pendaftar pertubuhan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri pagi tadi.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan selepas pembatalan Cawangan Johor Persatuan itu oleh RoS Johor.

Menurut Chee Chong, pada 20 Ogos lalu, pihaknya menerima surat pembatalan bertarikh 8 Ogos daripada Pengarah RoS Johor.

Pembatalan itu dibuat dengan alasan pihak RoS Johor tidak menerima sebarang penjelasan mengenai pindaan perlembagaan persatuan berkaitan penglibatan guru.

Januari lalu, Dong Zong menerima surat tunjuk sebab kerana perlembagaan mereka bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 kerana terdapat penglibatan guru-guru.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading