Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DR ZULKIFLI: KENYATAAN PENGGUNAAN VAKSIN COVID-19 BAGI UMAT ISLAM MINGGU DEPAN

DALAM NEGARA

DR ZULKIFLI: KENYATAAN PENGGUNAAN VAKSIN COVID-19 BAGI UMAT ISLAM MINGGU DEPAN

PUTRAJAYA: Keputusan berkaitan penggunaan vaksin COVID-19 dari luar negara dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas semalam akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang semalam.

“Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video kreatif bersempena Maulidur Rasul 1442H, di Putrajaya hari ini.

Zulkifli berkata pihaknya juga dalam proses menerbitkan majalah khas yang memuatkan penjelasan dan ulasan mengenai penggunaan vaksin dalam kalangan umat Islam sebagai usaha memberi pencerahan dan kefahaman sebenar mengenai perkara tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading