Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESTA TARANNUM BERGEMA DI TV ALHIJRAH MENERUSI ‘HAFLAH’

DALAM NEGARA

PESTA TARANNUM BERGEMA DI TV ALHIJRAH MENERUSI ‘HAFLAH’

Hiburan bermanfaat buat penonton menerusi Haflah

KUALA LUMPUR: Saluran TV Islam tanah air, TV AlHijrah terus mengimarah dan memartabatkan Al-Quran menerusi penghayatan terhadap seni bacaannya kepada para penonton.

Terbaharu, sebuah lagi program bertajuk ‘Haflah’ bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 7.30 malam bermula 5 Disember.

Haflah, bermaksud pesta, keraian, perayaan atau boleh diertikan seperti ‘konsert’ yang mengagung-agungkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Kelazimannya, haflah diadakan di masjid dan surau.

Penonton di rumah bakal diwarnai dengan pelbagai persembahan yang menghiburkan menerusi Haflah

Namun dek kerana kawalan terhadap perhimpunan berama-ramai bagi mengekang penularan virus COVID-19, TV AlHijrah melihat ia potensi untuk menarik penonton yang sebahagiannya ‘tidak keluar rumah’ untuk menjiwai seni tarannum ayat-ayat suci Al-Quran.

“Mengagung-agungkan ayat suci Al-Quran dengan penyampaian dan bacaan yang betul merupakan tuntutan buat umat Islam. Melalui Haflah, ia mampu membentuk satu budaya yang mendekatkan lagi masyarakat dengan kitab suci. Bukan sahaja memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, tetapi juga melalui pembacaan yang sempurna dan pada masa sama menjadi halwa telinga kepada semua.”

Namanzee Harris
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Haflah yang disiarkan setiap Sabtu selama setengah jam itu dipimpin qari-qari tersohor tanah air. Ia turut memuatkan perkongsian cara pembacaan ayat Al-Quran yang betul. Penonton juga boleh mempelajari variasi tarannum yang pelbagai.

Ustaz Radzi Kamarul Hailan memimpin Haflah episod kelapan.

Penonton juga bakal disajikan dengan maqam seni tarannum seperti Bayati, Nahawand, Rast, Sikah, Hijaz dan Jiharkah oleh barisan qari ternama peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara yang bakal memeriahkan Haflah adalah Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Dr. Anuar Hasin, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan ramai lagi.

TV AlHijrah percaya dengan sokongan berterusan penonton terhadap program-program berkonsepkan ilmu dan dakwah ini, ia sedikit sebanyak membentuk satu pengisian bermanfaat buat penonton yang ketika ini lebih kerap berada di rumah.

Jangan ketinggalan menonton Haflah, setiap hari Sabtu jam 7.30 malam, dibawakan khas oleh Jakel, hanya di TV AlHijrah – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi / Shahrul Anwar Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Sulaiman

    5 December 2020 at 6:02 PM

    Masa x ngam la 7.30… Mohon ejas pukul 9…baru bleh fokus…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading