Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK RENTUNG DALAM KEBAKARAN RUMAH

DALAM NEGARA

DUA BERADIK RENTUNG DALAM KEBAKARAN RUMAH

Dua beradik rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini tengah hari tadi.

JOHOR BAHRU: Dua beradik rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini tengah hari tadi.

Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang, yang juga Pemangku Pengarah JBPM Negeri Johor, berkata kejadian pada 1.41 tengah hari itu mengorbankan Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2.

Beliau berkata seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dan Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemadaman awal telah dilakukan oleh orang awam menggunakan jirusan air paip dan tindakan pemadaman susulan dilakukan pihak bomba dengan menggunakan jentera fire rescue tender.

“Dua mangsa telah ditemukan rentung di ruangan bilik tidur dan kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan 60 peratus daripada keseluruhan bilik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rizal berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat.

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat tiga individu di dalam rumah tersebut iaitu mangsa dan ibu mereka.

Ibu mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita akan menyiasat dengan teliti termasuk meminta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba. Unit K9 dalam perjalanan ke Johor dari Kuala Lumpur,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading