DUA BERANAK LEMAS KETIKA MEMUKAT UDANG

SUNGAI PETANI: Hasrat seorang bapa membantu anak bongsunya memukat udang di laut bertukar tragedi apabila kedua-dua mereka mati lemas di perairan Kota Kuala Muda, pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa Mohamad Ariffie A. Razak, 68, dan anaknya Zulhusni Mohamad Ariffie, 29 sedang memukat udang sebelum Zulhusni dipercayai diserang sawan lalu terjatuh ke dalam air.

Bapa Zulhusni kemudian terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya namun kedua-duanya lemas,

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisionar Adzli Abu Shah, berkata kedua-dua mayat ditemui nelayan sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Mayat dua beranak itu kemudiannya di hantar Ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat. –AlHijrah Online

Leave a Reply