DUA KENDERAAN TERTIMBUS DALAM TANAH RUNTUH

IPOH: Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.44 tengah hari tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – PEMANDU LORI MAUT DALAM TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS
ARTIKEL BERKAITAN – TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS: DUA MAYAT DITEMUI

Difahamkan kenderaan yang tertimbus dalam tanah runtuh tersebut ialah sebuah lori dan sebuah kereta.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat. Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands.

“Setakat ini seorang pemandu lori memberi reaksi daripada runtuhan berkenaan dan pihak bomba sedang menjalankan kerja mengalihkan tanah runtuh dan menyelamat semua mangsa terlibat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.

Tanah runtuh itu menyebabkan laluan kedua-kedua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply