Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERANAK RENTUNG TRELER DIPANDU BAPA REMPUH BELAKANG TRELER MUATAN KAPAS

DALAM NEGARA

DUA BERANAK RENTUNG TRELER DIPANDU BAPA REMPUH BELAKANG TRELER MUATAN KAPAS

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pusat operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan pada 7.46 pagi.

IPOH: Dua beranak rentung selepas treler sarat dengan muatan pasir dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pusat operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan pada 7.46 pagi.

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dihantar ke lokasi kejadian dan tiba pada 7.57 pagi. 

“Komander operasi melaporkan bahawa kemalangan membabitkan treler muatan pasir yang melanggar bahagian belakang treler muatan kapas. Pemandu lelaki treler muatan pasir yang berusia lingkungan 40-an, didapati tersepit dalam kenderaan yang rentung. 

“Seorang lagi mangsa iaitu anak lelaki kepada pemandu, berusia lingkungan 20-an turut ditemui rentung dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sabarodzi berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading