Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

322 RAKYAT PALESTIN TERBUNUH ATAU HILANG DALAM TEMPOH 5 JAM SELEPAS SERANGAN ISRAEL

DUNIA

322 RAKYAT PALESTIN TERBUNUH ATAU HILANG DALAM TEMPOH 5 JAM SELEPAS SERANGAN ISRAEL

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari.

ANKARA: Pihak berkuasa Gaza melaporkan bahawa lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari, lapor Anadolu Ajansi.

“Kekejaman ini sekali lagi membuktikan bahawa tentera penjajah Israel hanya memahami bahasa pembunuhan, kemusnahan dan genosid,” menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa serangan berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan ke atas Gaza serta semua lintasan sempadan ditutup, memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk terputus bekalan keperluan asas.

Mereka menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan hak asasi manusia, agar segera bertindak menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas bagi mencapai matlamat perang seperti yang ditetapkan oleh kepimpinan politik.

Sebaliknya, Hamas menuduh kerajaan Israel mengisytiharkan perang ke atas Gaza dengan memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Walaupun gencatan senjata telah dipersetujui, pihak berkuasa Gaza sebelum ini melaporkan bahawa tentera Israel terus melakukan pelanggaran hampir setiap hari. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading