Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAJIAN TERPERINCI SEBELUM HADKAN TEMPOH JAWATAN PERDANA MENTERI – SAARANI

DALAM NEGARA

KAJIAN TERPERINCI SEBELUM HADKAN TEMPOH JAWATAN PERDANA MENTERI – SAARANI

Kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan sekiranya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

TAPAH: Kajian menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan sekiranya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Sebahagian pihak berpendapat ia (jawatan Perdana Menteri) perlu dihadkan kerana jika terlampau lama masa (memerintah) akan membuka ruang kepada individu itu untuk mencengkam kuasa dan juga terbuka kepada peluang menyalahgunakan kuasa.

“Namun, jika seseorang itu adalah pemimpin yang baik, berkesan dan berwawasan, jika kita ‘matikan’ peluang dia untuk meneruskan wawasan itu, barangkali ia akan merugikan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri bersama penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Salbiah Mohamed.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, adalah seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan ‘Membangun Negara MADANI’ dan ia bukan perkara baharu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading