JUMLAH PEMBAYAR ZAKAT FITRAH IKUT KADAR JENIS BERAS MAHAL MENINGKAT DI MELAKA
Jumlah pembayar zakat fitrah mengikut jenis beras iaitu super import dengan kadar ditetapkan RM15 dan basmati (RM22) di Melaka meningkat dalam tempoh 17 hari Ramadan tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
MELAKA: Jumlah pembayar zakat fitrah mengikut jenis beras iaitu super import dengan kadar ditetapkan RM15 dan basmati (RM22) di Melaka meningkat dalam tempoh 17 hari Ramadan tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Mohamad Azmi Sabtu berkata peningkatan 30 peratus bagi jenis beras super import dan basmati (20 peratus) itu kemungkinan disebabkan beberapa faktor seperti perubahan trend masyarakat Islam membeli beras lebih baik yang meningkat selain kesukaran mendapatkan beras super spesial tempatan yang kadar zakat fitrah ditetapkan RM7.
“Jadi resit pembayaran zakat fitrah yang banyak dikeluarkan amil ialah kadar harga RM15 dan RM22. Situasi itu agak mengejutkan kerana pada tahun lepas pembayar zakat lebih cenderung membayar pada kadar RM7.
“Perubahan itu mungkin berlaku kerana peningkatan kuasa membeli beras lebih baik dalam kalangan umat Islam di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Program Tautan Kasih Ramadan ‘Busana Aidilfitri Asnaf’ anjuran Zakat Melaka 2025 yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Mengulas lanjut, Azmi berkata sekiranya trend pembayaran zakat pada kadar dua jenis harga beras tersebut terus meningkat hingga akhir Ramadan, jumlah kutipan zakat fitrah di Melaka dijangka mampu mencapai sasaran RM6.5 juta tahun ini, berbanding RM6.3 juta tahun lepas.
Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan rekod pembayaran zakat fitrah terkini, umat Islam di Melaka lebih memilih untuk melunaskan Rukun Islam keempat itu melalui amil yang dilantik di seluruh negeri berbanding melalui kaedah dalam talian.
Beliau berkata 1,078 amil dilantik untuk menguruskan kutipan zakat fitrah tahun ini berbanding 1,021 amil tahun lepas.
“Kira-kira 70 peratus daripada jumlah pembayar zakat fitrah yang telah melunaskan kewajipan itu lebih gemar melakukannya dengan amil yang dilantik kerana mereka lebih selesa dengan kaedah itu antaranya sebabnya ialah mereka hendak melafazkan akad ketika proses tersebut,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests