Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA JUTA RAKYAT LUBNAN HIDUP BAWAH PARAS KEMISKINAN PADA 2020

DUNIA

DUA JUTA RAKYAT LUBNAN HIDUP BAWAH PARAS KEMISKINAN PADA 2020

BEIRUT: Dua juta rakyat Lubnan dijangka hidup di bawah garis kemiskinan pada 2020 jika kerajaan tidak fokus kepada masalah sosial yang melanda negara itu, kata seorang bekas menteri menurut laporan Xinhuanet semalam.

“Masalah sosial melanda Lubnan mencapai tahap yang tidak pernah terjadi dan negara tidak pernah melihat paras kemiskinan seperti ini,” kata bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Lubnan, Richard Kuyumjian dipetik portal berita Elnashra.

Beliau memberi amaran paras kemiskinan di Lubnan akan meningkat kepada 50 peratus pada 2020 berbanding anggaran Bank Dunia iaitu 32 peratus pada 2018.

Lubnan menghadapi krisis ekonomi teruk di tengah-tengah demonstrasi berbulan-bulan di seluruh negara bagi mengubah sistem politik pemerintah ketika ini.

Kelembapan ekonomi menyebabkan penutupan perniagaan dan pemberhentian ribuan pekerja di Lubnan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading