Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKA KEMATIAN MENINGKAT, CHINA PERLUKAN BEKALAN TOPENG MUKA

DUNIA

ANGKA KEMATIAN MENINGKAT, CHINA PERLUKAN BEKALAN TOPENG MUKA

BEIJING: China sangat memerlukan peralatan perubatan perlindungan berikutan angka kematian yang semakin meningkat akibat koronavirus di negara itu.

Kebimbangan terhadap wabak tersebut telah mendorong rakyat di negara yang padat penduduk dengan populasi kira-kira 1.4 bilion itu menyimpan topeng pembedahan sekali guna dan menyebabkan kakitangan perubatan di barisan hadapan kekurangan bekalan.

“Apa yang China perlukan sekarang ini ialah topeng perubatan, sut perlindungan dan gogal keselamatan,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying.

Dengan kapasiti penuh, kilang di negara itu hanya dapat menghasilkan kira-kira 20 juta topeng sehari.

Menurut Menteri Industri, Tian Yulong, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk membawa topeng dari Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat manakala kilang tempatan kini beroperasi antara 60 hingga 70 peratus daripada kapasiti. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading