Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA KEMATIAN AKIBAT JE DI KEDAH

DALAM NEGARA

DUA KEMATIAN AKIBAT JE DI KEDAH

ALOR SETAR: Dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) dikesan di daerah Kota Setar.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata kes pertama dilaporkan pada 18 November disusuli dengan kes kedua pada 25 November 2021.

Jelas Dr Othman langkah pengawalan wabak telah dilaksanakan serta-merta oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan semburan ruang termal dan larvasiding di lokaliti kediaman pesakit dan tempat berisiko di lokaliti wabak.

Turut dilakukan pengesanan kes secara aktif di sekitar kawasan terlibat dan kajian entomologi oleh Pegawai Sains Kaji Serangga di lokaliti wabak.

Sehingga 25 November, jumlah kumulatif kes JE dilaporkan di Kedah pada tahun 2021 adalah 10 kes berbanding 8 kes pada tempoh yang sama tahun 2020.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit kepala dan muntah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading