Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI DITAHAN CUBA CEROBOH ISTANA NEGARA

DALAM NEGARA

DUA LELAKI DITAHAN CUBA CEROBOH ISTANA NEGARA

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Polis memeriksa suspek yang menaiki sebuah PERODUA Kembara pada cuba memasuki Istana Negara melalui Pintu 3 semalam. – Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading