GERAKAN JI DI NEGARA INI MASIH TERKAWAL – SAIFUDDIN NASUTION
“Pangkalan data kita memadai untuk menguruskan insiden sebegini dan kita mempunyai latar belakang mereka yang terlibat dalam apa pun kegiatan atau pernah ditahan di bawah (Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 2012 (SOSMA)…pendekatan polis adalah terus berinteraksi dengan mereka bagi memastikan proses rehabilitasi berjalan serta tidak menjadi ancaman kepada masyarakat.”
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) semasa sidang media berkenaan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
Beliau berkata ini kerana pihaknya mempunyai pangkalan data mencukupi dalam membantu menguruskan kes seperti insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
“Pangkalan data kita memadai untuk menguruskan insiden sebegini dan kita mempunyai latar belakang mereka yang terlibat dalam apa pun kegiatan atau pernah ditahan di bawah (Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 2012 (SOSMA)…pendekatan polis adalah terus berinteraksi dengan mereka bagi memastikan proses rehabilitasi berjalan serta tidak menjadi ancaman kepada masyarakat.
“Alhamdulillah (gerakan) JI ini masih terkawal dan saya percaya pasukan polis mempunyai pengalaman untuk menguruskan (kejadian yang sama di Balai Polis Ulu Tiram) berdasarkan pangkalan data, pola dan corak sesuatu itu berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Dalam masa sama, Saifuddin Nasution menggesa masyarakat sapaya mengelakkan diri daripada menyebarkan sebarang spekulasi manakala media disarankan melaporkan kejadian terbabit berdasarkan fakta yang diberikan polis.
“Saya dapat mengesan sebahagian tulisan (pengamal media) dan (saya) mohon (pihak media) untuk melakukan (menulis) ikut fakta kes tanpa perlu kaitkan insiden ini dengan agama.
“Beri ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan (polis) memberi jaminan bahawa ketenteraman serta keselamatan awam adalah keutamaan kami,” katanya.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, cedera ditembak.
Suspek lelaki berumur 21 tahun yang ditembak mati itu dipercayai ahli JI dan siasatan di rumah suspek di Ulu Tiram membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager