Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN LIMA KENDERAAN DI KUALA LANGAT

DALAM NEGARA

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN LIMA KENDERAAN DI KUALA LANGAT

Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.

SHAH ALAM: Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dua yang maut dalam kemalangan itu dipercayai merupakan seorang ibu dan anaknya.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7 pagi berhubung kejadian, dan berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata salah sebuah kereta yang dihempap lori itu dinaiki oleh dua wanita berumur 20an dan 40an, serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, ketiga-tiganya dipercayai daripada satu keluarga.

Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 9.45 pagi, namun wanita 40an serta kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi cedera di bahagian kaki dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading