MESRA DAN PRIHATIN RAKYAT, SIFAT SEMULA JADI AL-SULTAN ABDULLAH
Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang begitu dekat dengan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ jelas terserlah sepanjang tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah.
KUALA LUMPUR: “Mesra dan cakna kesejahteraan rakyat” itulah keperibadian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berkongsi pengalaman sebagai antara individu yang begitu dekat dengan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ jelas terserlah sepanjang tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah.
“Selama tempoh pemerintahan, itulah baginda (yang sebenar). Itu adalah sifat semula jadi baginda, sebagai Sultan Pahang, baginda yang akan turun untuk sama-sama membantu rakyat, khususnya ketika berlaku malapetaka seperti banjir, kebakaran bahkan kemalangan.
“Apabila berlaku banjir khususnya di Pahang, Tuanku akan turun untuk bersama-sama dengan rakyat bagi mengharunginya. Malah, Tuanku juga akan meminta bantuan dari luar untuk menggantikan rumah-rumah (rakyat) yang telah rosak,” katanya ketika ditemui Bernama.
Mengimbau kembali momen ketika Al-Sultan Abdullah sanggup menghentikan kenderaan untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya, Ahmad Fadil yang kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyifatkan Seri Paduka Baginda sangat prihatin akan kesejahteraan rakyat.
“Kadang-kadang Tuanku akan membawa kenderaan sendiri, dan apabila terlihat ada kemalangan jalan raya, Tuanku akan berhentikan kenderaan untuk pastikan mangsa kemalangan itu dibawa ke hospital dan Seri Paduka Baginda akan menanggung kos rawatan yang diperlukan.
“Untuk makluman, Tuanku juga tidak ambil elaun sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga sekarang dan elaun-elaun baginda termasuk Raja Permaisuri Agong dihalakan kepada (yang memerlukan).. ketika itu Tabung COVID-19, tetapi ia tidak diuar-uarkan, itu antara Seri Paduka Baginda, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.
Menceritakan pengalaman mencabar berdepan penularan wabak COVID-19, beliau berkata Al-Sultan Abdullah sangat bimbang akan keselamatan dan kesihatan rakyat pada ketika itu, memandangkan wabak berkenaan pertama kali berlaku dalam negara.
Katanya, Seri Paduka Baginda banyak mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan dan ahli-ahli profesional lain, setiap minggu tanpa gagal, bagi mencari solusi terbaik dalam memastikan kesejahteraan rakyat kekal terjamin.
“Malah, semasa COVID-19 merebak dan petugas Istana Negara ada yang mula menunjukkan simptom jangkitan virus itu, baginda begitu bimbang dan ambil berat akan kesihatan kami.
“Ternyata, bahawa apa yang ditunjukkan oleh Tuanku Agong perlu diteladan oleh rakyat iaitu dalam aspek mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tuanku Agong juga berulang kali mengingatkan rakyat untuk mematuhi SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan,” katanya.
Di sebalik karakter Al-Sultan Abdullah yang begitu dekat dengan rakyat, baginda juga seorang ketua negara berkaliber dalam memacu sektor ekonomi dan pentadbiran negara di persada antarabangsa.
Ahmad Fadil berkata baginda berperanan besar dalam mengeratkan hubungan Malaysia di pentas antarabangsa dan ini jelas dibuktikan, antaranya apabila Al-Sultan Abdullah berupaya mengeratkan hubungan antara Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
“Ini ternyata pada 5 hingga 6 Okt lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan (ke UAE), dan berupaya mendapatkan pelaburan ekonomi yang baik daripada di UAE, dan mereka (pelabur) bersetuju melabur kira-kira RM40 billion di Malaysia.
“Pada masa sama, Tuanku juga telah mengadakan lawatan negara ke negara-negara lain. Ini menunjukkan baginda berupaya bukan hanya dari segi domestik, tetapi juga menerajui negara kita di persada arena antarabangsa,” katanya.
Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked