Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT SAGA DAN MYVI BERTEMBUNG

DALAM NEGARA

DUA MAUT SAGA DAN MYVI BERTEMBUNG

SLIM RIVER: Dua individu maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran simpang masuk ke Kampung Klah Baru, hari ini.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan Perodua Myvi.

Mangsa, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56 tahun yang berasal dari Rumah Awam, Jalan Ketoyong, Tanjung Malim maut di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu kereta Perodua Myvi parah dan dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 11.04 pagi.

“Operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dan tamat pada jam 1.45 petang.

” Pihak bomba menggunakan peralatan kecemasan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, ” katanya dalam kenyataan, hari ini. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading