Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPB WP KUALA LUMPUR: TAMAN AWAM DIBUKA SEMULA

DALAM NEGARA

PKPB WP KUALA LUMPUR: TAMAN AWAM DIBUKA SEMULA

KUALA LUMPUR: Semua taman awam di sekitar Kuala Lumpur akan kembali dibuka semula walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh orang ramai.

“Pihak kami selepas mengadakan konsultasi dengan MKN dan KKM memutuskan taman awam di Wilayah Persekutuan boleh dibuka dengan syarat kawalan pematuhan SOP,” menerusi ciapan di akaun Twitter Annuar Musa.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semalam, bahawa aktiviti seperti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dalam kawasan PKPB dibenarkan beroperasi semula, bermula pada 19 Oktober, esok.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading