Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAYAT WANITA DITEMUKAN DALAM LONGKANG DI ALOR SETAR

DALAM NEGARA

DUA MAYAT WANITA DITEMUKAN DALAM LONGKANG DI ALOR SETAR

Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di Alor Setar, hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

ALOR SETAR: Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga itu, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang dengan terdapat kesan kecederaan teruk pada salah seorang mangsa.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9), sedang melakukan siasatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan mayat itu dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading