ANWAR TIBA DI NEW DELHI PERKUKUH HUBUNGAN 67 TAHUN MALAYSIA-INDIA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.
NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.
Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada 9.47 malam (12.17 tengah malam waktu Malaysia).
Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Ketibaan Anwar disambut Menteri Kereta Api India V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N.Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.
Acara sambutan rasmi Perdana Menteri yang akan berada di sini dari 19-21 Ogos pada lawatan pertamanya ke India selepas memegang jawatan pada November 2022, akan berlangsung di pekarangan kediaman rasmi Presiden India Rashtrapati Bhavan di sini, diikuti mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Selasa.
Mesyuarat ini akan membolehkan kedua-dua pemimpin mengkaji semula kerjasama semasa dan meneroka inisiatif bagi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India, yang telah dinaikkan kepada Perkongsian Strategik Dipertingkatkan pada 2015.
Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
Perdana Menteri dalam usaha memajukan lagi kerjasama ekonomi Malaysia-India akan turut menyertai mesyuarat meja bulat dengan beberapa pemimpin industri India.
Pada 2023, jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion (US$16.53 bilion), dengan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion (US$3.43 bilion).
India adalah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia dengan jumlah import RM11.31 bilion (US$2.44 bilion).
Import utama Malaysia dari India termasuk produk petroleum (RM6.62 bilion atau US$1.44 bilion) dan produk pertanian, termasuk daging halal (RM5.79 bilion atau US$1.27 bilion).
Pada 2023, Malaysia merupakan rakan dagangan ketiga terbesar India dalam kalangan Negara Anggota ASEAN.
Malaysia dan India mempunyai hubungan sejarah dan sosiobudaya yang rapat.
Pada ketika kedua-dua negara memasuki dekad kedua Perkongsian Strategik Dipertingkat tahun depan, lawatan Anwar dijangka membuka jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India dengan merangka agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa depan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager