MAYAT DUA BERANAK DALAM LONGKANG, POLIS TAHAN SEORANG LELAKI WARGA ASING
Siasatan mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 10 dan 34 tahun yang lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil.
ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki membunuh isteri dan anak perempuannya yang mayat mangsa ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita itu oleh orang awam pada 5.04 petang.
“Siasatan mendapati kedua-dua mangsa yang berusia 10 dan 34 tahun yang lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil.
“Terdapat kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa yang dipercayai warga asing itu … mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan risikan pantas yang dilakukan oleh pihaknya telah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing berumur 34 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada kedua-dua mangsa yang dijumpai itu.
Siti Nor Salawati berkata suspek ditahan di Masjid Bukit Pinang pada 9 malam tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar, hari ini untuk tujuan permohonan reman bagi meneruskan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, ASP Faizul Izuan Harun menerusi talian 04-7747222,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked