Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA RAKAN REMAJA MAUT INSIDEN KEBAKARAN DITAHAN

DALAM NEGARA

DUA RAKAN REMAJA MAUT INSIDEN KEBAKARAN DITAHAN

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya telah menukar siasatan ke atas remaja berusia 15 dan 16 tahun itu daripada kematian mengejut (SDR) kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

Sumber Facebook

SHAH ALAM: Dua rakan remaja lelaki yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam semalam, telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya telah menukar siasatan ke atas remaja berusia 15 dan 16 tahun itu daripada kematian mengejut (SDR) kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua remaja itu negatif. Punca kematian kita masih tunggu dan sudah dihantar kepada unit patalogi,” katanya.

Terdahulu, gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam semalam.–AlHijrahOnline


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading