Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU MANGSA KEBAKARAN LUAH RASA SEDIH

DALAM NEGARA

IBU MANGSA KEBAKARAN LUAH RASA SEDIH

Dalam satu hantaran menerusi Facebook, Hizanawati Hj Abu Bakar berkata, Damin seorang anak yang sangat baik dan beliau amat menyayangi arwah.

KUALA LUMPUR: Ibu kepada remaja lelaki berusia 16 tahun yang maut dalam satu kebakaran di Bandar Puncak Alam, semalam meluahkan rasa sedih dengan kehilangan anak kelimanya, Muhammad Damin Mikhail Bin Kamsol.

Menerusi hantarannya di Facebook, Hizanawati Hj Abu Bakar berkata, Damin Mikhail merupakan anak yang sangat baik dan beliau amat menyayangi arwah.

Menurutnya, jenazah masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan urusan pengebumian dijangka pada lewat petang ini.

Beliau juga memohon jasa baik orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam satu kebakaran di tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam, Fasa 3. Difahamkan, kebakaran berkenaan berpunca daripada dua rakan mangsa yang bergurau bermain api.–AlHijrahOnline


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading