Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA REMAJA MAUT REMPUH TRELER

DALAM NEGARA

DUA REMAJA MAUT REMPUH TRELER

Dua remaja maut selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh treler yang berada di bahu jalan di Jalan Gambang, Batu Tiga Tanah Putih di sini pada 4.30 pagi tadi. 

KUANTAN: Dua remaja maut selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh treler yang berada di bahu jalan di Jalan Gambang, Batu Tiga Tanah Putih di sini pada 4.30 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata penunggang motosikal Mohamad Izhar Iskandar Mohamad Pazelong dan pembonceng Wan Ezremy Shaqir Wan Erman Shafri kedua-duanya berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa dari arah Gambang ke Kuantan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian kiri hadapan treler,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Mohd Zahari berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading