Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA SAHABAT EDAR DADAH, GANTUNG SAMPAI MATI

DALAM NEGARA

DUA SAHABAT EDAR DADAH, GANTUNG SAMPAI MATI

KUALA TERENGGANU: Dua sahabat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ‘methamphetamine’ seberat 626.6 gram, 3 tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed terhadap Mohd Shazril Hafez Ibrahim dan Ahmad Sawal Ramlee selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah tersebut seberat 75 gram di sebuah rumah di Kampung Padang Midin, Marang pada 8 Februari 2018 kira-kira jam 6.30 petang.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka turut didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis yang sama seberat 551.5 gram pada waktu, lokasi dan tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Ahmad Fadhli Mahmud.

Manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Datuk Shukri Mohamed.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading