Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA SEKELUARGA MAUT, SEORANG CEDERA PARAH SELEPAS KERETA DINAIKI TERBABAS 

DALAM NEGARA

DUA SEKELUARGA MAUT, SEORANG CEDERA PARAH SELEPAS KERETA DINAIKI TERBABAS 

Dua sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Lendu ketika dalam perjalanan ke Bazar Aidilfitri di Pekan Masjid Tanah di sini tengah malam tadi.

Gambar Hiasan

ALOR GAJAH: Dua sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Lendu ketika dalam perjalanan ke Bazar Aidilfitri di Pekan Masjid Tanah di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta Myvi Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan penumpang hadapan yang juga bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 37, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata seorang lagi bapa saudara Muhammad Hasraf Amin iaitu Azizul Hamis @ Jainy, 37, yang duduk di bahagian belakang pula cedera parah di bahagian kepala. 

“Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, kenderaan dipandu Muhammad Hasraf Amin dalam perjalanan dari Taman Dimensi di Lendu menghala ke arah Masjid Tanah dan ketika melalui Jalan Lendu, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan berkenaan.”

“Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan dalaman manakala penumpang belakang pula cedera parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Alor Gajah dan sedang menerima rawatan di zon merah manakala mayat dua mangsa yang meninggal dunia turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading