Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA TAHANAN PALESTIN TERAKHIR DITAHAN ISRAEL

DUNIA

DUA TAHANAN PALESTIN TERAKHIR DITAHAN ISRAEL

BAITULMUQADDIS: Dua tahanan Palestin terakhir yang meloloskan diri daripada penjara Gilboa di Utara Israel ditahan polis dan tentera Israel, malam tadi, di bandar Jenin.

Empat tahanan Palestin berjaya ditahan semula baru-baru ini sekali gus menjadikan kesemua tahanan yang melarikan diri berada di dalam pengawasan pihak berkuasa Israel.

“Operasi menjejaki tahanan membabitkan kerjasama Tentera Pertahanan Israel (IDF), pasukan keselamatan awam dan pasukan Polis Khas,” kata jurucakap tentera Israel.

Menurutnya, Nayef Kamamji, 35, dan Munadel Yacoub Infeiat, 26, menyerah diri selepas polis dan tentera mengepung rumah persembunyian di bandar terbabit.

Sebelum ini, kesemua tahanan berkenaan berjaya meloloskan diri daripada penjara berkawalan keselamatan tinggi selepas menggali terowong di lantai sel.

Menurut peguam bela daripada salah seorang tahanan tersebut memaklumkan, mereka menggali terowong untuk melarikan diri sel tahanan hanya menggunakan sudu, piring serta pemegang cerek.

Media antarabangsa melaporkan beberapa penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam pertempuran dengan pihak berkuasa Israel dengan rakyat Palestin sewaktu penahanan dua tahanan terakhir di lokasi kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading