Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SINDIKET SIJIL VAKSINASI: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL – KHAIRY JAMALUDDIN

DALAM NEGARA

SINDIKET SIJIL VAKSINASI: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL – KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam sindiket menjual sijil vaksinasi palsu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya juga telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat sindiket tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya.

“Saya ingin tegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh sindiket-sindiket ini sekiranya benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Khairy memaklumkan MySejahtera berjaya menyelesaikan lebih 500 ribu kes yang melibatkan ketiadaan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi tersebut.

Tambahnya, MySejahtera telah diarahkan untuk sentiasa memantau di media sosial jika terdapat aduan berkenaan masalah tersebut untuk diselesaikan dengan segera.

Khairy menjelaskan bagi individu yang ketiadaan sijil digital vaksinasi, mereka boleh menggunakan kad fizikal vaksinasi yang diberi oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk memasuki mana-mana premis.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading