Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU MENINGGAL DUNIA, BAYI LIMA BULAN TERSELAMAT

DALAM NEGARA

IBU MENINGGAL DUNIA, BAYI LIMA BULAN TERSELAMAT

KUALA BERANG: Seorang wanita maut dalam nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Ajil-Bukit Besi, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi melibatkan mangsa Nurshahyda Mohd Zaki berusia 29 tahun yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suaminya yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29, bersama anaknya, Nur Ammara Safiyya, lima bulan, dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku semasa pemandu bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari Setiu menghala ke Dungun bagi melawat ahli keluarga mereka.

Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipandu seorang penuntut universiti awam berusia 19 tahun dari arah Kuala Terengganu menghala ke Bukit Besi dipercayai hilang kawalan sewaktu memotong sebelum merempuh bahagian kiri pacuan empat roda dinaiki keluarga tersebut.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk hadapan pacuan empat roda terbabit parah di kepala, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk menjalani ujian calitan COVID-19 dan proses bedah siasat,” katanya.

Mohd Adli berkata, penuntut lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading