Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ULAMA BESAR DUNIA TAMPIL DALAM MAJLIS ILMU MADANI

DALAM NEGARA

DUA ULAMA BESAR DUNIA TAMPIL DALAM MAJLIS ILMU MADANI

KUALA LUMPUR:  Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan Jumaat ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam.

Dua ulama itu ialah Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz.

“Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua ulama ulung ini,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, Majlis Ilmu MADANI pada 26 Mei 2023 akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula jam 6.30 petang.

Beliau menjemput orang ramai untuk hadir mengimarahkan majlis ilmu tersebut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading