DUA WARGA EMAS KORBAN BAHARU BANJIR DI KELANTAN – POLIS
“Dua mangsa itu ditemukan lemas di Kampung Kuala Sat dan Kampung Gelung Gajah serta enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
TUMPAT: Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata masing-masing yang berusia 72 dan 78 tahun dari dua kampung ketika itu memantau haiwan ternakan mereka di kampung terbabit.
“Dua mangsa itu ditemukan lemas di Kampung Kuala Sat dan Kampung Gelung Gajah serta enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
“Saya menasihati orang awam yang terjejas banjir janganlah ingkar arahan pihak berkuasa apabila diminta berpindah ke PPS,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat hari ini.
Mohd Yusoff berkata kedua-dua mangsa enggan berpindah kerana mahu menjaga haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.
“Ada yang saya lihat siap membina rakit yang cantik bagi menempatkan haiwan ternakan untuk mengelak dihanyutkan arus deras banjir,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai jalan negeri di Taman Sri Bayu, di sini yang menghubungkan bandar Tumpat ke Pengkalan Kubor kini terputus akibat banjir, Mohd Yusoff berkata jalan terbabit tidak boleh digunakan dan kenderaan yang ingin ke Pengkalan Kubor perlu menggunakan laluan alternatif.
Beliau berkata jalan berkenaan adalah jalan biasa dilalui pengguna jalan raya dari Tumpat untuk ke Pengkalan Kubor.
“Saya dapat maklumat beberapa kereta telah dihanyutkan arus deras, namun tiada individu tampil membuat laporan polis,” katanya.
Mohd Yusoff berkata pada asalnya jalan berkenaan berada di kedudukan tinggi yang dijadikan tempat meletak kereta oleh penduduk kampung susulan banjir.
“Jadi apabila banjir, pemilik meninggalkan kereta mereka dan pergi (berpindah) ke PPS. Arus deras banjir kemudiannya menyebabkan jalan itu mendap,” katanya.
Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul di lokasi kejadian disebabkan kawasan itu tidak selamat dan boleh runtuh pada bila-bila masa. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked