Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI PATAH KAKI KANAN TERCAMPAK DALAM SUNGAI BAWAH LEBUH RAYA AKLEH

DALAM NEGARA

LELAKI PATAH KAKI KANAN TERCAMPAK DALAM SUNGAI BAWAH LEBUH RAYA AKLEH

Kemalangan melibatkan tiga sekeluarga iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak perempuan yang menaiki motosikal jenis Honda RS150.

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal patah kaki kanan selepas tercampak ke dalam sungai di bawah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala Ampang, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.26 petang sebelum ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zainal Abidin Bin Yusof, kemalangan melibatkan tiga sekeluarga iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak perempuan yang menaiki motosikal jenis Honda RS150.

“Penunggang motosikal telah tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan telah berjaya diselamatkan oleh anggota dan dibawa keluar dari sungai.

“Isteri bersama anak beliau mengalami kecederaan luka-luka kecil diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.06 petang tadi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading