DALAM NEGARA
DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber Gambar: BERNAMA
JOHOR BAHRU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di Saujana di sini, petang ini.
Beliau berkata pembubaran itu dilakukan selepas mendapat titah perkenan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam satu majlis menghadap yang berlangsung hari ini.
Onn Hafiz berkata pembubaran itu selaras dengan peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
“Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh, insya-Allah,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi dengan penuh adab, tertib dan berhemah demi menjaga keharmonian serta kemuafakatan.
Pada PRN Johor 2022, UMNO-Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi, Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).–BERNAMA
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Lelaki yang tular memandu MPV merah bertulis “Bomba” secara melulu dikenal pasti menghidap gangguan bipolar dan...
Lebih 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang dan kerajaan menegaskan proses itu akan tetap diteruskan selagi...
KTMB menawarkan 1.57 juta tempat duduk bagi perkhidmatan ETS dan ERT untuk Januari hingga Mac 2027,...
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dikembalikan kepada PDRM selepas sebelum ini dipinjamkan untuk mengetuai Agensi...
Mangsa Muhammad Saifulnizam Miskam, 32 tahun, yang juga pekerja di kilang itu tersepit di dalam sebuah...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)