EBIT LEW BELI 500 TAB SUMBANGAN TMJ

JOHOR BAHRU: Pendakwah Ustaz Ebit Lew membeli 500 unit tab untuk pelajar yang memerlukan, hasil sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebanyak RM200,000.

Menurut hantaran di Facebook Ebit Lew, pembelian tab tersebut akan diagihkan kepada pelajar yang kurang kemampuan bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan (wang sumbangan) untuk beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Terdahulu, TMJ berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM200 ribu bagi melancarkan misi sumbangannya di Istana Bukit Pelangi.

Tunku Ismail menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit yang sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.—AlHijrah Online

Leave a Reply