J&T MINTA MAAF, ISU KOMISEN DIDAKWA SALAH FAHAM

KUALA LUMPUR: Syarikat kurier, J&T Express hari ini tampil memohon maaf susulan penularan video pekerjanya yang mengagihkan bungkusan pelanggan secara ganas dan tidak menyenangkan ramai pihak.

Syarikat itu memaklumkan akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar.

“Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata,” ujar kenyataan yang dikongsi J&T Express – Malaysia di laman Facebook rasmi.

Sejak semalam tular video sekumpulan pekerja J&T yang didakwa mogok disebuah gudang barangan.

Video tersebut turut menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan yang mengundang rasa kurang senang ramai pihak. – AlHijrah Online

Leave a Reply