Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT CEDERA AMBULANS TERBABAS DALAM PARIT

DALAM NEGARA

EMPAT CEDERA AMBULANS TERBABAS DALAM PARIT

IPOH: Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping di sini, hari ini.

IPOH: Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian pada 3.30 pagi itu membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Lelaki warga emas dan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah manakala dua lelaki pula hanya cedera ringan.

“Warga emas itu adalah pesakit yang dibawa menaiki ambulans dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping bagi pemeriksaan kesihatan. Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading