WASHINGTON: Rumah Putih pada Isnin menafikan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden sedang dirawat untuk penyakit Parkinson.
Ini selepas rekod pelawat menunjukkan seorang pakar neurologi terkemuka yang pakar dalam penyakit itu mengunjungi rumah eksekutif berkenaan sebanyak lapan kali dalam tempoh lapan bulan.
Rekod itu yang boleh diakses oleh orang ramai di laman sesawang Rumah Putih, menunjukkan Dr Kevin Cannard mengunjungi rumah berkenaan sebanyak lapan kali dari Ogos 2023 hingga Mac tahun ini.
Tidak jelas sama ada Cannard mengunjungi Rumah Putih dalam tempoh empat bulan lepas, lapor Agensi Anadolu.
Profil LinkedIn Cannard menyatakan beliau seorang pakar neurologi yang “menyokong Unit Perubatan Rumah Putih.”
Satu lagi profil awam di laman rangkaian profesional perubatan Doximity menyatakan Cannard telah mengusahakan terapi untuk penyakit Parkinson peringkat awal.
Pertemuan Cannard di Rumah Putih termasuk satu dengan doktor Biden, Dr Kevin O’Connor di Klinik Kediaman pada Januari, menurut semakan Anadolu terhadap rekod itu.
Jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre menafikan bahawa Biden sedang dirawat untuk Parkinson, tetapi beliau enggan menjawab soalan mengenai lawatan itu, malah enggan mengesahkan sama ada Cannard telah mengunjungi kompleks Rumah Putih.
Jean-Pierre memetik apa yang dipanggilnya sebagai hak privasi pelawat.
“Saya tidak boleh dari sini mengesahkan mana-mana perkara itu, kerana kami perlu menjaga privasi mereka. Saya percaya mereka juga akan menghargai itu. Kami perlu menjaga privasi mereka,” katanya.
“Tidak kira berapa kuat anda mendesak saya, berapa marah anda dengan saya pun, saya tidak akan mengesahkan nama. Tidak kira sama ada ia ada dalam log. Saya tidak akan melakukannya dari sini. Itu bukan sesuatu yang akan saya lakukan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked