Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT KES VARIAN OMICRON XBB DIKESAN – KHAIRY

DALAM NEGARA

EMPAT KES VARIAN OMICRON XBB DIKESAN – KHAIRY

Kesemua mereka berada dalam kategori dua iaitu mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak dan selesema yang sederhana.

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat empat kes jangkitan tempatan varian Omicron XBB yang telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia melibatkan tiga lelaki dan seorang perempuan warganegara berumur antara 25 hingga 51 tahun dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata keempat-empat kes dikesan positif COVID-19 menerusi survelan penjujukan genom dengan kesemua mereka berada dalam kategori dua iaitu mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak dan selesema yang sederhana.

Katanya, satu daripada empat kes tersebut merupakan kes jangkitan semula dan kesemua mereka telah menjalani isolasi selama tujuh hari serta semua kontak rapat juga telah dikenal pasti.

Justeru Khairy mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati terutama dengan situasi negara yang sedang memasuki fasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan melibatkan banyak majlis dihadiri masyarakat setempat. 

“Memandangkan kenaikan kes COVID-19 ini, KKM buat keputusan ingatkan masyarakat bahawa kita masih dalam fasa peralihan ke endemik dan gelombang jangkitan ini akan datang dan pergi.

“Malangnya timing kenaikan kes ketika ini adalah serentak dengan PRU15 sebab itu KKM beri nasihat kepada orang ramai terutama tentang pemakaian pelitup muka memang tidak wajib, tetapi kini ia sangat disarankan terutama di kawasan tertutup yang sesak dan kepada individu yang berisiko tinggi,” katanya.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading