Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT WARGA EMAS MAUT, KERETA BERTEMBUNG TRELER

DALAM NEGARA

EMPAT WARGA EMAS MAUT, KERETA BERTEMBUNG TRELER

Empat warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka, bertembung dengan sebuah treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong dekat sini petang tadi.

IPOH: Empat warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka, bertembung dengan sebuah treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Trong Mohd Shahidan Hassan berkata mangsa yang terlibat dikenali  sebagai Ng Swee Ho, 67, Ng Ah Mooi, 63, Chew Yang Kim, 77 dan Kor Siok Har, 64.

“Menerima panggilan kecemasan pada 5.30 petang. Ia melibatkan treler bertembung dengan kereta yang mengakibatkan empat orang mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala pemandu treler didapati selamat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata anggota bomba telah diarahkan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan unit kuasa dan alatan kecemasan seperti pemotong dan spreader.

Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading