Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELAUN GURU KAFA RM1,100, RM600 ONE-OFF UNTUK IMAM, BILAL

DALAM NEGARA

ELAUN GURU KAFA RM1,100, RM600 ONE-OFF UNTUK IMAM, BILAL

Kerajaan telah menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM 1.5 bilion dan kita mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100 menjadikan jumlah kepada RM1,100.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu melibatkan 35,000 guru KAFA.

Selain itu, sumbangan khas RM600 turut disalurkan kepada imam, bilal, tok siak , noja, marbut, guru KAFA serta guru takmir.

“Seramai 70 ribu orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM 40 juta.

“Kerajaan telah menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM 1.5 bilion dan kita mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran,” katanya semasa Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen, hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading