Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN TAMBAH RM500 DALAM AKAUN 1 KWSP

DALAM NEGARA

KERAJAAN TAMBAH RM500 DALAM AKAUN 1 KWSP

Inisiatif tersebut diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang daripada RM10 ribu dalam Akaun 1.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 1 sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang daripada RM10 ribu dalam Akaun 1.

“Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion,” katanya semasa Pembentangan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.

Kerajaan berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat, katanya.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading