Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EROPAH SEPAKAT TENTANG RANCANGAN ISRAEL ILHAK PALESTIN

DUNIA

EROPAH SEPAKAT TENTANG RANCANGAN ISRAEL ILHAK PALESTIN

ANKARA: Beberapa negara eropah iaitu Jerman, United Kingdom (UK) dan Turki mengumumkan pendirian menentang rancangan Israel untuk ilhak atau mengambil secara paksa tanah milik Palestin.

Parlimen Jerman pada Rabu lantang menentang rancangan Israel untuk meneruskan pelan ilhak tanah Palestin kerana khuatir tindakan tidak berperikemanusiaan zionis itu akan mengancam kestabilan Timur Tengah.

“Keamanan tidak akan dicapai melalui langkah sebelah pihak,” kata Menteri Luar Jerman, Heiko Maas.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson berkata negaranya tidak akan mengiktiraf pelan tersebut sekiranya ia tidak mendapat persetujuan Palestin.

“Sebarang tindakan perlu memberi keadilan kepada Israel dan Palestin,” kata Johnson.

Susulan perjanjian yang digelar ‘Deal of the Century’ oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Israel dijangka dengan beraninya akan merampas tanah milik Palestin di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Agensi berita Turki, Anadolu, melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijangka akan mengumumkan tarikh untuk memulakan langkah ilhak pada Rabu ini.

Palestin sebelum ini menegaskan sekiranya negara haram Israel meneruskan rancangannya merompak tanah milik Palestin, perjanjian dua hala antara kedua negara akan terbatal yang sekaligus akan memburukkan keadaan di sana – AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading