Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EU SERTAI MASYARAKAT DUNIA GESA HENTIKAN SEGERA PERANG DI GAZA

DALAM NEGARA

EU SERTAI MASYARAKAT DUNIA GESA HENTIKAN SEGERA PERANG DI GAZA

GENEVA: Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad menyertai masyarakat dunia mendesak supaya dihentikan serta merta perang dan segera membentuk koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.

“EU amat bimbang mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan blok itu.

Kesatuan itu turut menyeru agar akses bantuan kemanusiaan tidak disekat dan menyediakan laluan yang selamat bagi membolehkan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Berhubung serangan terhadap hospital di Gaza, EU menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan bahawa hospital, bekalan perubatan dan orang awam di dalam hospital mesti dilindungi.”

Bekalan perubatan yang paling mendesak harus dihantar ke hospital manakala pesakit yang memerlukan rawatan perubatan segera perlu dipindahkan dengan selamat.

“Dalam konteks ini, kami menyeru Israel untuk hentikan sebarang serangan demi memastikan keselamatan orang awam,” kata blok itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading