Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FATWA HARUS BAWA KESTABILAN KEPADA MASYARAKAT

DALAM NEGARA

FATWA HARUS BAWA KESTABILAN KEPADA MASYARAKAT

MESIR: Sesuatu fatwa yang digariskan haruslah membawa kepada kestabilan masyarakat bagi mencapai tahap kesepaduan dari semasa ke semasa.

Itu merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Kursus Fatwa Bagi Ulama Semalaysia dianjurkan Darul Ifta Mesir bermula pada 5 September hingga 17 September 2022 di Markas Latihan, Darul Ifta Mesir.

Kursus tersebut dihadiri Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.

Turut hadir beberapa pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, para pensyarah daripada Universiti Malaya serta Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pelaksanaan kursus itu bagi memberi peluang kepada para pegawai untuk berkongsi pandangan dan menimba ilmu berkaitan fatwa bagi memperkasakan lagi institusi fatwa di Malaysia.

Kursus itu merupakan hasil pertemuan Mufti Wilayah Persekutuan  bersama Mufti Besar Mesir Syeikh Dr. Shawqi Ibrahim Abdel-Karim Allam pada Februari lalu.

“Melalui kursus ini juga, dapat meluaskan lagi jaringan kerjasama kerajaan Malaysia dengan pihak Darul Ifta Mesir serta para ulama dan ilmuwan Islam daripada seluruh dunia.

“Antara tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Mufti Besar Mesir Syeikh Dr. Shawqi, Menteri Wakaf Mesir Dr. Mukhtar Juma’ah, Penasihat Agama kepada Presiden Republik Arab Mesir Dr. Usamah Sayyid Al Azhari dan beberapa lagi tokoh ulama daripada Darul Ifta Mesir dan Universiti Al-Azhar,” kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pelaksanaan kursus itu diharap memberi impak yang positif dan bermanfaat terutamanya untuk kepentingan negara dan rakyat di samping mencapai matlamat Islam dalam menstabilkan masyarakat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading