Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS SAHKAN JURUTERBANG HELIKOPTER MAUT

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN JURUTERBANG HELIKOPTER MAUT

Juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) tengah hari semalam ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.

BIDOR: Juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) tengah hari semalam ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa Tsz Kin Richard Chan, 58, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas di Hutan Simpan Chikus.

Jelas beliau, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjumpai lokasi nahas pada jam 9.35 pagi tadi.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari lokasi nahas pada pukul 10.12 pagi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

Mohd. Yusri berkata demikian dalam sidang media di Balai Polis Bidor hari ini.

Tambah beliau, helikopter dipercayai terhempas bagaimanapun kawasan dijumpai tiada kesan letupan atau kebakaran.

Katanya, mangsa yang bekerja dengan Heli Outpost Sdn Bhd ditemui di kokpit juruterbang dan akan dibedah siasat di HRPB bagi mengetahui punca kematian.

Ujar Mohd. Yusri, keluarga mangsa yang berada di Hong Kong telah dimaklumkan mengenai insiden terbabit.–AlHijrah Online/ Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading