Feri karam di Sungai Tigris, 70 maut

Skuad penyelamat menggunakan helikopter bagi menyelamatkan mangsa di Sungai Tigris. – Foto Reuters.

MOSUL, 22 Mac – Sekurang-kurangnya 70 orang maut manakala 28 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah feri yang membawa lebih muatan karam di Sungai Tigris berhampiran Mosul.

Reuters melaporkan Ketua Lembaga Pertahanan Awam Mosul, Husam Khalil berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak pandai berenang.

Beliau berkata, pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang masih hidup dan berjaya menyelamatkan 12 penumpang setakat ini.

Leave a Reply