Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Warga NZ kawal keselamatan masjid Tauranga

DUNIA

Warga NZ kawal keselamatan masjid Tauranga

Masjid Tauranga – Foto sumber internet

NEW ZEALAND, 20 Mac – Kasih sayang dan sokongan tanpa batas terus dizahirkan penduduk New Zealand terhadap komuniti Islam susulan serangan masjid Christchurch, terbaharu rancangan membentuk rantaian manusia di sekeliling Masjid Tauranga Jumaat ini bagi membolehkan jemaah menunaikan solat dengan aman.

Sinar Harian memetik laporan NZ Herald emnyebutkan idea yang tercetus daripada laman Facebook NZ Stand Together bertujuan mengajak orang ramai berpegangan tangan mengelilingi masjid di kawasan masing-masing sebagai tanda solidariti terhadap komuniti Muslim yang mahu menunaikan solat Jumaat.

Setiausaha Masjid Tauranga, Ibrahim Hassan berkata, idea tersebut merupakan cara yang baik untuk menyatukan penduduk di waktu yang sukar seperti ini. Menurutnya, tanda kasih sayang sebegini amat penting dan komuniti Muslim dapat merasakan sokongan yang diberi oleh segenap lapisan masyarakat.

Idea membentuk rantaian manusia itu dicetuskan untuk menjadi acara seluruh negara, dan ia dikatakan telah mendapat persetujuan pihak polis dan kerjasama pegawai perhubungan komuniti Muslim Auckland.

Penganjur memaklumkan, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ini mereka boleh terus ke masjid di kawasan masing-masing Jumaat nanti dan menyertai laman FB NZ Stand Together.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading