Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tembakan di Belanda akibat perbalahan keluarga

DUNIA

Tembakan di Belanda akibat perbalahan keluarga

Gokmen Tanis berasal dari Turki. – Foto Sinar Harian

AMSTERDAM, 19 Mac – Portal GeenStijl yang memetik sumber berkata, suspek insiden tembakan trem di Utrecht berniat membunuh kakak iparnya.

Kenyataan sumber selari dengan laporan di Turki menyebut beberapa ahli keluarga Gokmen menyatakan bahawa suspek melepaskan tembakan ke arah seorang ahli keluarga atas sebab pertikaian domestik.

Menurut portal tersebut, jika pertikaian isu keluarga diambil kira, maka insiden semalam tidak boleh dikaitkan dengan terorisme.

Namun begitu, polis masih menyiasat segala kemungkinan dan latar belakang suspek, Gokmen Tanis yang dilahirkan di Turki.

Pada 2013, Gokmen disyaki cuba menyebabkan kematian dengan memulakan kebakaran terhadap sebuah pangsapuri dan beberapa tahun lalu, dia didakwa melakukan rompakan, mencuri, memandu dalam keadaan mabuk serta meludah polis di muka.

Sinar Harian memtik laporan agensi berita menyebutkan Gokmen sepatutnya hadir ke mahkamah pada 4 Mac lalu atas satu kes rogol.

Sementara itu, saksi kejadian Daan Molenaar memberitahu akhbar berbahasa Inggeris NLTimes bahawa dia berada di dalam trem semasa kejadian itu berlaku.

Dia melihat seorang wanita terbaring di atas jalan seperti baru dilanggar.

“Beberapa orang cuba membantu mangsa, tetapi mereka bertempiaran lari sejurus mendengar bunyi tembakan. “Kemudian penyerang melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang ramai yang cuba masuk campur,” katanya.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading